Thursday 17 January 2013

Berani 2013 Bersama Dr Azizan Osman Bahagian 1

 "Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan"


Pada 12 Januari 2012, saya telah menghadiri seminar Berani 2013 yang telah dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd.

Seminar ini telah dijalankan di Setia City Convention Centre (No. 1, Jln Setia Dagang AG U13, 40170 Shah Alam). Seminar bermula lebih kurang pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Penceramah utama bagi seminar ini adalah Dr Azizan Osman, yang sememangnya dikenali ramai melalui label "kuasa minda" dan "marketing power".

Perkara pertama yang beliau sampaikan ialah "Success Requires Energy". "Kejayaan Memerlukan Tenaga". Oleh sebab itu, semua orang disuruh melakukan senaman dan melompat sebelum seminar bermula bagi memastikan banyak tenaga dilepaskan.

Bila kita berdoa atau meminta dengan betul (submit), mudah-mudahan semuanya tercapai dengan mudah, insyaAllah.

Ramai orang hidup dengan tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau kemudian hari. Sekiranya kita meninggal pada keesokan harinya, tiada masalah, selamat di alam barzakh. Tetapi bagaimana jika selepas 10 tahun kita masih hidup? dan kita tidak tahu sama ada kan sampai lagi 10 tahun atau 20 tahun lagi, dan bagaimana jika sampai? Dan anda tidak mempunya sebarang perancangan, tidak meminta apa yang anda mahu? Anda akan rasa semuanya sudah terlepas. Hampir semua peserta di situ tidak mempunya rancangan untuk sepuluh tahun akan datang, termasuklah saya.

Jika ingin membuat rumah atau kereta, pelan rumah, rekabentuk kereta diperlukan. Begitu juga jika hendak mendirikan KLCC. Bertahun-tahun perancangan dibuat sebelum KLCC didirikan. Semua perkara di sekeliling kita memerlukan perancangan. Tetapi kita lupa untuk merancang hidup kita.

Bersambung.

No comments:

Post a Comment