Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian
sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu
mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak
darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu
perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu
selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt! Kerana,
tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan
lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah
kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti
engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk
mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan
menderita, rugi atau penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat.
Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
No comments:
Post a Comment