Pada 14 Julai 2013, saya telah
berjaya menghadiri suatu seminar percuma oleh Dr Irfan Khairi (Dr IK) di
pejabatnya IKSB di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Banyak ilmu yang saya
pelajari dan dikongsi di sini, moga ada manfaatnya kepada para pembaca
sekalian.
Dalam perniagaan, tak perlu ada
kelulusan universiti. Contoh orang-orang yang berjaya walaupun gagal
menghabiskan pelajaran di university adalah Bill Gates, Steve Jobs dll. Yang
penting adalah pengalaman. Dr IK menceritakan pada masa Tun Dr Mahathir sedang
sibuk menjayakan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor,
MSC), beliau adalah salah seorang dari 10-20 orang pelajar Malaysia yang
dipilih oleh JPA untuk belajar ke luar negara sempena projek tersebut. Dr IK
telah dihantar ke Staffordshire University, universiti nombor satu dalam bidang
IT di United Kingdom pada masa itu. Pensyarah-pensyarahnya terdiri dari doktor-doktor
dan professor-professor, semuanya hebat-hebat belaka. Tetapi, walaupun memasuki
universiti yang hebat, diajar oleh pensyarah yang hebat-hebat, tetapi beliau
gagal dalam perniagaan internetnya yang pertama. Tahun pertama berniaga, hanya
ada 3 pelanggan sahaja. Kemudian beliau belajar mengenai perniagaan internet,
barulah beliau mula menjana pendapatan, dan akhirnya berjaya menjadi jutawan
pada pada umur 25 tahun (tahun kedua menjalankan perniagaan).
Di dalam suatu analogi, Dr IK menyatakan
bahawa Juara Formula One (F1) akan memperolehi USD10 juta, naib juara F1 akan
memperoleh USD5 juta. Dalam erti kata lain, pendapatan juara F1 adalah dua kali
ganda pendapatan naib juara F1. Tetapi adakah kelajuan (performance) juara F1
adalah 2 kali ganda kelajuan naib juara F1? Tidak, mereka hanya berbeza
beberapa saat sahaja, dan beberapa saat ini penting untuk menentukan pendapatan
mereka. Begitu juga di dalam perniagaan internet, anda tidak perlu 2 kali ganda lebih
hebat berbanding pesaing anda. Sedikit
kelebihan yang kita ada akan membolehkan kita mendapat pulangan yang berganda
berbanding pesaing kita.
Pemilihan barang niaga di
internet
Kepada sesiapa yang belum ada
barang niaga, perlu diingat adalah menjual apa sahaja yang orang mahu boleh
menjadikan anda jutawan. Yang anda perlukan adalah kelebihan yang sedikit
berbanding pesaing untuk menukarkan diri menjadi berjaya. Selalunya strategi
kita yang gagal.
Satu konsep yang dipelajari dari
jutawan-jutawan contoh ialah, kalau hendak berniaga, buat perkara yang kita
minat. Dr IK sebelum ke Staffordshire University, telah belajar di dalam bidang
design and advertising di UITM.
Kebanyakan design produk beliau
dibuat sendiri, iaitu design cover buku. Beliau memang meminati
bidang ini. Dengan perniagaan ini beliau berjaya mendapat sejuta ringgitnya yang
pertama. Kalau beliau bekerja sebagai designer,
mungkin pendapatannya hanya RM1,000 – 2,000 sebulan di Kuala Lumpur, tetapi
menggunakan kemahiran yang sama, dengan membawa perniagaannya ke internet dan mendapat pelanggan dari serata dunia, beliau telah berjaya mendapat sejuta
ringgitnya yang pertama. Adalah penting untuk melakukan perniagaan yang kita minat
kerana kebarangkalian untuk kita berputus asa dari perniagaan itu sangat
kurang.
Selain itu, perlu diingat, bukan hanya jual apa yang kita minat, tetapi juga apa yang orang cari, dalam
erti kata lain yang mempunyai permintaan tinggi. Semua mentor-mentor yang
ditemu ramah melalui program Jutawan bersama Irfan Khairi di radio 24,
contohnya Azman Ching, Dr Fadzilah Khamsah, dll mengatakan perkara yang sama,
kunci perniagaan yang berjaya adalah buat perkara yang ada permintaan. Jadi,
kita tidak perlu mencari-cari orang, sebaliknya orang akan mencari kita. Jadi
kita perlu gunakan beberapa strategi agar orang dapat mencari kita dengan
mudah.
Untuk melihat permintaan di
internet secara percuma, cari menggunakan google, cari perkataan “keyword tool”, kemudian klik hasil carian
yang pertama (
google Adwords keyword tool).
Masukkan data seperti di bawah
Keputusannya begini:
Menunjukkan pada bulan
sebelumnya, sebanyak 1.8 juta orang mencari perkataan 'batik' di dalam enjin
carian google dari seluruh dunia. Permintaan di Malaysia adalah 165 ribu.
Jangan hanya meneka, mesti menggunakan strategi. Column competition bukanlah bermakna pesaing, tetapi pengiklan di
google.
Yang terakhir, kalau nak
berniaga, mestilah bersungguh-sungguh.
Kuasa tiga perniagaan internet
Ramai orang bertanya kalau nak
buat bisnes di internet ni, nak guna platform mana? Jawapannya ke-tiga-tiga
platform ini penting, dan setiap satu melakukan fungsi yang berbeza yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Jadi, gunakan ketiga-tiganya kalau betul-betul
ingin berjaya di dalam perniagaan internet. Pemasaran terbaik adalah
menggunakan ketiga-tiga alat iaitu blog, laman web dan facebook.
Laman web
Satu contoh yang diberikan adalah
masalah seorang surirumah Muslim di Jepun. Surirumah ini ingin membuat puding
atau jeli, maka dia perlukan gelatin yang halal. Di Jepun agak susah
mandapatkan gelatin yang halal. Jadi surirumah ini membuka enjin carian Google
dan mula mencari menggunakan kata carian “halal gelatine”. Hasil carian yang pertama ialah
halalgelatine.com,
yang dimiliki oleh anak murid Dr IK sendiri, Anor.
Dulunya Anor mempunya kedai di basement
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Sewanya lebih kurang RM3,000.00 sebulan. Dia menjual
produk-produk gelatin halal, kopi Radix, madu, produk HPA dan sebagainya. Pada
tahun 2006-2007, dia berfikir bagaimanakah cara untuk mengembangkan perniagaan
mereka. Kemudian dia terbaca artikel mengenai Dr IK di Berita Harian iaitu
Revolusi Perniagaan Internet. Di dalamnya tertulis (lebih kurang begini) “Zaman
sekarang kita boleh membawa perniagaan kita ke Internet. Dengan kos yang
rendah, kita boleh mendapat pelanggan yang ramai”. Jadi, dia datang beberapa
kelas Dr IK dan Dr IK menunjukkan bagaimana cara membina laman web seperti di
atas, dan juga yang paling penting ialah bagaimana kita boleh membawa laman web
kita ke muka pertama hasil carian dari enjin pencari seperti Google secara
percuma. Kalau menggunakan perkhidmatan pengiklanan Google pun boleh juga
tetapi kena sentiasa mengeluarkan wang. Apabila laman webnya menduduki tempat
pertama di Google, dia dapat beribu-ribu pelanggan, setiap hari ada pesanan.
Pelanggannya bukan hanya dari orang yang memesan satu paket sahaja,
kadang-kadang restoran halal dari Perancis, Australia atau Mexico membeli
berkotak-kotak daripada laman web yang ini. Hari ini, kedai itu sudah tidak ada
di KB Mall lagi, bukan kerana bankrap, tidak laku dan sebagainya. Dia sudah
tidak perlukannya. Daripada menyewa kedai RM3,000.00 sebulan untuk mendapat
pelanggan di KB Mall sahaja, lebih baik menggunakan laman web yang memerlukan
kos sebanyak lebih kurang RM300.00 setahun dan mendapat pelanggan dari seluruh
dunia. Di sinilah pentingnya perniagaan internet.
Masalah yang dimiliki oleh
seorang peniaga adalah bagaimana menukarkan pelawat kepada pembeli. Apa yang
perlu ada? Pelawat adalah percuma, bagaimana menjadikan mereka membayar?
Gunakan kaedah psikologi untuk mempengaruhi emosi, kerana pembelian selalunya
dipengaruhi oleh emosi.
1. Letak
gambar anda. Dengan adanya gambar anda di situ, pelawat akan bertambah yakin
untuk melakukan pembelian sebanyak 4 kali ganda. Sebab utama orang tidak
membeli dari kita adalah orang tidak yakin dengan kita.
2. Senaraikan
seberapa banyak manfaat produk anda. Ingat, manfaat bukan ciri-ciri produk
anda. Manfaat adalah apa yang kita akan dapat daripada ciri-ciri ini. Manfaat
akan menarik emosi orang untuk membeli. Lihat contoh di bawah.
Ciri-ciri (feature)
|
Manfaat (benefit)
|
Kereta dengan enjin
1300 cc
|
Menjimatkan minyak
|
Telefon pintar
berskrin besar
|
Senang untuk
melayari internet
|
Mengandungi vitamin
B
|
Meningkatkan tenaga
anda
|
Keputusan belian
adalah lebih bersifat emosi berbanding logik. Orang membeli adalah 10% sahaja
logik, 90% lagi adalah emosi. Sebagai contoh, suasana pembelian di pasar
ramadhan.
3. Testimonial
adalah perkara paling penting di laman anda, sebaik-baiknya testimonial
bergambar untuk menarik keyakinan orang empat kali ganda.
4. Gunakan
emotional words/magic words di dalam
laman/brosur anda. Yale University merupakan salah satu universiti terhebat di
dalam bidang pemasaran. Melalui kajian di universiti ini, mereka mendapati
terdapat 12 perkataan untuk mengubah emosi orang kepada membeli. Perkataan
tersebut adalah “anda”, “jimat”, “keputusan”, “kesihatan”, “cinta”, “terbukti”,
“wang”, “mudah”, “baru”, “keselamatan”, “ketahui”, “terjamin”.
Sebagai contoh,
ayat ini: Dapatkan teknik menjana pendapatan menggunakan facebook.
Ditukarkan
kepada: Ketahui teknik mudah menjana wang menggunakan
facebook – Terbukti!
Tidak semestinya
menggunakan semua perkataan, yang relevan sahaja.
Facebook
Di Asia, rakyat Malaysia adalah
orang yang paling aktif menggunakan facebook. Di facebook, mesti dapatkan
banyak followers. Kos membuat laman facebook adalah percuma. Pastikan laman
yang anda buat adalah business page, dan bukannya akaun facebook yang biasa.
Business page juga diberi secara percuma.
Setiap hari, manusia terdedah
kepada lebih 2,000 iklan. Iklan itu adalah dari TV, radio, surat khabar,
majalah, billboard dan sebagainya. Iklan anda mungkin salah satu daripadanya,
bagaimana anda mahu memenangi persaingan menambat hati pengguna berbanding
1,999 iklan yang lain? Itulah kepentingan membina jenama.
Jenama secara luasnya ditafsirkan
sebagai identity, cap dagangan, logo, nilai, warna dan lain-lain. Tetapi,
sedarkah kita, sebanrnya jenama adalah pengalaman keseluruhan bersama
perniagaan anda. Sebagai contoh, kita lihat kepada KFC. Namanya, cara perniagaannya,
cara susun atur kedainya, layanan pekerja-pekerjanya, kebersihan tempatnya dan
sebagainya, semua ini dikaitkan dengan jenama perniagaan anda.
Anda kena bina jenama anda,
kerana kalau tiada jenama, orang tidak akan mengenali perniagaan anda. Kita boleh
membina jenama iaitu pengalaman keseluruhan berniaga bersama anda menggunakan
facebook.
Ramai orang yang bimbang kerana
kurang followers. Cara untuk menambahkan followers yang senang dan murah ialah
dengan berkongsi kepelbagaian maklumat (dalam pelbagai bentuk seperti berita,
gambar dan video) di dalam facebook page anda. Bukan hanya produk anda, tetapi
apa sahaja informasi yang berkaitan dengan produk anda. Tetapi jangan hanya
berkongsi dengan mindset yang ingin menjual, kerana jika kita hanya membuat promosi,
followers anda juga akan menyampah. Orang ramai masuk ke facebook bukan dengan
mindset untuk membeli, tetapi untuk bersembang, berkenal-kenalan,
bersantai-santai dan sebagainya. Kalau hendak membeli, mereka akan masuk
mudah.my, lelong.com.my atau ebay.com. Oleh sebab itu, di facebook, anda kena
mempelbagaikan pengalaman keseluruhan bersama perniagaan anda. Sebagai contoh,
jika anda membuka perniagaan menjual tudung, boleh post mengenai cara-cara
mengikat tudung, cara pemakaian muslimah untuk formal dinner, gambar-gambar
artis tempatan yang memakai tudung, video-video artis antarabangsa yang memakai
tudung (ambil daripada youtube sahaja, tak perlu buat sendiri video ini), link,
apps dan sebagainya. Dengan ini, ia boleh memberikan pengalaman keseluruhan
industri anda. Kongsikan apa yang relevan sahaja supaya sasaran pasaran (target market) tidak lari.
Masalah yang dihadapi sekarang
ialah anda buka page facebook ini adalah untuk berniaga, tetapi untuk
mendapatkan followers, anda hanya boleh berkongsi maklumat, jadi bila nak
menjualnya? Di sinilah kita perlu menggunakan formula facebook iaitu:
9 : 1
Maksudnya, 9 kali anda kongsi maklumat, 1 kali
promosi perniagaan anda. Ulangi pusingan ini. Kesannya:
9 kali berkongsi maklumat: akan
menambahkan jumlah followers page anda.
1 kali promosi: untuk tujuan
jualan tanpa menjengkelkan followers anda.
Kalau kita bermula dari kosong,
kita kena invite kawan-kawan kita supaya like page kita. Dari kawan kepada
kawan, dari kawan kepada kawan, anda akan dapat memulakan jaringan kecil yang
seterusnya akan berkembang dengan adanya post-post berkualiti yang digemari
orang lain. Boleh juga guna teknik iklan di dalam facebook, tetapi itu
memerlukan kos. Walaubagaimanapun, bergantung kepada anda sendiri.
Kekerapan update facebook yang
terbaik adalah 3 kali sehari iaitu pada pukul 9 pagi, 3 petang dan 9 malam.
Masa-masa ini adalah masa yang paling ramai orang masuk facebook. Ini kerana
feed di dalam facebook akan hilang selepas 2-3 jam anda post update, jadi anda
perlu target masa yang paling ramai orang masuk facebook untuk mengelakkan post
anda tidak mendapat perhatian followers-followers anda. Rugilah kalau post anda
tidak dibaca.
Masalah lain pula timbul iaitu
kurang kemampuan di kalangan peniaga-peniaga internet untuk login facebook pada
waktu-waktu tersebut untuk menulis post kepada followers mereka. Sebenarnya ada
fungsi di dalam facebook page untuk menjadualkan post anda ke waktu-waktu
tertentu. Lihat gambar di bawah, apabila anda menekan butang yang berbentuk
seperti jam, anda akan diberi pilihan untuk menetapkan bila post tersebut akan
muncul di depan laman followers anda, daripada tahun, bulan, hari, jam dan
minit. Berapa banyak yang kita nak jadualkan pun boleh, untuk posting 2-3
minggu pun boleh. Hanya perlu kurang daripada 10 minit untuk melakukannya dan
begitu mudah.
Sekiranya tersilap, klik pada
edit page (bahagian atas belah kanan), kemudian klik activity log, seterusnya
edit atau delete post yang tersilap itu. Juga sungguh mudah.
Salah satu kelebihan mempunyai
business page adalah kita mempunyai sesuatu yang dipanggil insight, yang mana sekiranya
kita klik pada see all, kita boleh melihat jantina, dari mana, umur, bahasa apa
dan lain-lain. Memang sangat berguna kepada peniaga.
Blog
Tujuan utamanya adalah untuk
promosi. Blog sepatutnya membawa produk anda ke bahagian teratas di dalam
keputusan carian. Ramai peniaga mengeluh kos pengiklanan sangat mahal, tetapi
Dr IK mendedahkan bahawa beliau sendiri pun tidak pernah menggunakan khidmat
pengiklanan. Beliau hanya menggunakan kaedah percuma untuk membawa blog beliau
ke muka pertama di dalam hasil carian enjin carian. Contohnya dengan
menggunakan kata kunci “perniagaan” dan “warna perniagaan”.
Enjin pencari sebenarnya
berniaga, jadi matlamatnya adalah untuk menjana pendapatan. Lagi ramai orang
menggunakannya, lagi tinggi pendapatan mereka. Mereka mengetahui bahawa
pengguna datang untuk mendapatkan maklumat. Jadi enjin-enjin carian ini akan
memberikan nilai tambah kepada pengguna dengan memaparkan laman yang paling
banyak maklumat ke bahagian atas hasil carian, iaitu di muka surat pertama.
Oleh kerana itu, kebanyakan tempat pertama hasil carian sesuatu adalah daripada
Wikipedia kerana Wikipedia sememangnya memberikan maklumat yang sangat banyak
kepada pengguna. Gambar walau secantik manapun bukanlah informasi. Informasi
hanyalah daripada tulisan sahaja. Kalau laman anda kurang maklumat, kemungkinan
besar laman itu akan berada di muka surat 20 hasil carian google. Bila itu
berlaku, pengguna biasanya tidak akan jumpa laman anda.
Di sini pentingnya blog, di mana
anda memberikan sebanyak mungkin maklumat di situ. Blog anda ini kemudiannya
menghubungkan ke laman web anda untuk menukarkan pelawat kepada pembeli.
Informasi yang banyak akan membawa laman anda ke muka pertama hasil carian.
Informasi yang banyak juga akan manyebabkan orang menyukai laman kita, secara
tidak langsung kredibiliti dan keyakinan orang bertambah. Ibarat serampang dua mata.
Boleh gunakan blog yang percuma
contohnya dari blogspot.
Wallahua'lam.