Monday 21 January 2013

Kisah Nokia 1280

Hujung minggu lepas, saya ke Sunway Pyramid untuk membeli telefon baru. Telefon lama masih baik, tetapi memandangkan pengecasnya yang unik dirosakkan kanak-kanak kecil, terpaksalah saya membeli telefon yang baru. Saya bercadang untuk membeli telefon yang paling murah, tetapi mestilah sekurang-kurangnya mempunyai fungsi telefon dan SMS, kerana mungkin dalam waktu-waktu terdekat ini saya ingin membeli telefon Nexus 4 (hidup mesti ada impian).

Hujung tahun lepas kononnya hendak menunggu tahun ini untuk rebat bagi pembelian telefon 3G melalui Pakej Komunikasi Belia, rupa-rupanya di samping membeli telefon tersebut, pemuda yang berusia di antara 21 hingga 30 tahun itu juga mestilah melanggan talian jalur lebar (broadband) bersama sekiranya masih belum ada (syarat-syarat kelayakan boleh didapati di laman web SKMM). 

 Saya masuk melalui Parkson dan terus ke ke Level 1 untuk ke Kedai Nokia.

Apabila tiba di sana, saya terus bertanyakan telefon yang harganya paling murah di dalam kedai itu. Pemilik kedai itu terkejut, tetapi kemudiannya menunjukkan telefon yang digunakannya, iaitu telefon Nokia 1280 yang berwarna merah jambu gelap. Katanya, harga telefon itu adalah RM80.00. Tanpa berfikir panjang saya terus menerima tawaran itu, malas hendak menawar harga lagi biarpun saya tidak tahu harga yang ditawarkan betul-betul murah atau tidak. Memandangkan ada pilihan lain, saya memilih telefon yang berwarna kelabu.


Setelah pulang ke rumah, bermulalah proses unboxing. 


Keesokan harinya, saya pergi ke Plaza Low Yat, untuk melihat iPad mini di Mac Store. Kebetulan pula terdapat Kedai Nokia di situ. Saya pergi ke kedai tersebut dan mula bertanya mengenai Nokia Lumia yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Stok yang saya lihat cuma telefon Lumia 620 dan Lumia 920. Saya pura-pura bertanyakan mengenai telefon murah yang dijual di situ. Jawapan yang saya terima adalah sama: Nokia 1280 yang berharga RM80.00. Sekadar pengesahan bahawa saya tidak ditipu.

Hari ini saya terbaca iklan Lazada di emel. Saya melawat laman tersebut sekadar untuk melihat-lihat. Tiba-tiba tanpa dijangka Lazada juga ada menjual telefon Nokia 1280, bersama diskaun. Ia dijual pada harga RM72.90 dan penghantaran adalah percuma dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja. Tiada rezeki.


Kesimpulannya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Friday 18 January 2013

Tazkirah Pagi Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Walaupun saya belum buat lagi, tapi bagus juga kalau dikongsikan

Thursday 17 January 2013

Berani 2013 Bersama Dr Azizan Osman Bahagian 1

 "Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi kenyataan"


Pada 12 Januari 2012, saya telah menghadiri seminar Berani 2013 yang telah dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd.

Seminar ini telah dijalankan di Setia City Convention Centre (No. 1, Jln Setia Dagang AG U13, 40170 Shah Alam). Seminar bermula lebih kurang pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Penceramah utama bagi seminar ini adalah Dr Azizan Osman, yang sememangnya dikenali ramai melalui label "kuasa minda" dan "marketing power".

Perkara pertama yang beliau sampaikan ialah "Success Requires Energy". "Kejayaan Memerlukan Tenaga". Oleh sebab itu, semua orang disuruh melakukan senaman dan melompat sebelum seminar bermula bagi memastikan banyak tenaga dilepaskan.

Bila kita berdoa atau meminta dengan betul (submit), mudah-mudahan semuanya tercapai dengan mudah, insyaAllah.

Ramai orang hidup dengan tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau kemudian hari. Sekiranya kita meninggal pada keesokan harinya, tiada masalah, selamat di alam barzakh. Tetapi bagaimana jika selepas 10 tahun kita masih hidup? dan kita tidak tahu sama ada kan sampai lagi 10 tahun atau 20 tahun lagi, dan bagaimana jika sampai? Dan anda tidak mempunya sebarang perancangan, tidak meminta apa yang anda mahu? Anda akan rasa semuanya sudah terlepas. Hampir semua peserta di situ tidak mempunya rancangan untuk sepuluh tahun akan datang, termasuklah saya.

Jika ingin membuat rumah atau kereta, pelan rumah, rekabentuk kereta diperlukan. Begitu juga jika hendak mendirikan KLCC. Bertahun-tahun perancangan dibuat sebelum KLCC didirikan. Semua perkara di sekeliling kita memerlukan perancangan. Tetapi kita lupa untuk merancang hidup kita.

Bersambung.

Wednesday 16 January 2013

Google Advance Power Searching Course Percuma

Sebelum ini, suatu kursus yang dinamakan Power Searching telah dijalankan. Kursus ini masih boleh diakses buat masa sekarang.

Pada 23 Januari 2013 ini, Google Inside Search merancang untuk mengadakan suatu kursus kesinambungan dari kursus di atas yang dipanggil Advance Power Searching. Pendaftaran boleh dibuat sehingga tarikh tersebut. Kursus ini adalah PERCUMA!

Kursus ini akan diadakan secara atas talian (online). Peserta-peserta kursus ini juga akan diberikan sijil selepas menamatkan kursus itu.

Mengikut pengalaman yang lepas, video-video dari youtube digunakan secara meluas untuk memberi pemahaman kepada para peserta kursus. Pastikan anda tiada masalah untuk mengakses video-video tersebut. Kemungkinan besar juga Google Hangout akan digunakan di dalam kursus ini.

Silibus bagi kursus ini adalah seperti di bawah:


Jadi daftarkan diri anda sekarang di sini.


Update: Gagal dapat sijil kerana tidak buat assignment...